ATLANTA 1 April- Seorang remaja mati ditembak selepas mengetuk pintu rumah yang salah di sini, Jumaat lalu. Dalam insiden yang berlaku sekitar pukul 12 pagi itu, Omarian Banks, 19, yang baharu berpindah di kompleks kediaman tersebut dikatakan mengetuk pintu yang salah sebelum pemilik pangsapuri, Darryl Bynes membuka pintu dan menembak nya. Bynes ditahan polis dan bakal dihadapkan ke mahkamah kerana membunuh.-AGENSI










