KKM teliti laporan 60 peratus jururawat hilang

KKM teliti laporan 60 peratus jururawat hilang

DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia akan meneliti dengan lebih cermat unjuran kekurangan jururawat, susulan laporan mendakwa 60 peratus jururawat hilang menjelang 2030 atas pelbagai faktor termasuk berhijrah ke luar negara.

Menteri Kesihatan, Da­tuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, data menjadi asas unjuran itu baru sahaja diterima dan kementerian memerlukan masa menilai kesahihan serta ketepatan maklumat sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

“Laporan itu baru diterbitkan hari ini (semalam), maka saya perlu melihat kembali data yang disebutkan itu dengan lebih cermat sebelum membuat apa-apa komen.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika dibenarkan, saya akan merujuk dahulu kepada bahagian Kejururawatan sebelum memberikan sebarang kenya­taan rasmi,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Utusan Malaysia mela­porkan jumlah jururawat di Malaysia dijangka terus berkurangan sehingga men­cecah 60 peratus berbanding bilangan keperluan dan nisbah disyorkan antara jururawat dan populasi negara menjelang 2030.

Dianggarkan negara bakal kehilangan antara 2,000 hingga 3,000 orang jururawat setiap tahun atas pelbagai faktor termasuk berhijrah luar negara yang menawarkan gaji dan skim perkhidmatan lebih baik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×