KUALA SELANGOR – Seorang wanita mencari suaminya sendiri untuk hadir ke Mahkamah Rendah Syariah di sini bagi menyelesaikan kes tuntutan penceraian. Norafazila Ibrahim, 26, berkata, suaminya, Mohamad Safik Zakaria, 28, didapati telah menghilangkan diri sewaktu berpantang anak sulung mereka pada Januari tahun lalu. Katanya, dia berkahwin dengan Mohamad Syafik pada Disember 2016. “Selepas lebih setahun perkara ini berlarutan akhirnya saya ambil keputusan untuk memfailkan permohonan fasakh pada 2 Januari lalu di…










