KUALA LUMPUR 27 April – Rakyat Malaysia perlu prihatin menjaga mana-mana rumah ibadat agar tidak diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata ini kerana rumah ibadat merupakan tempat yang suci dan dihormati. “Walaupun bukan rumah ibadat (sesuatu agama) tetapi rasa prihatin itu perlu ada. Semua rakyat Malaysia bertanggungjawab dalam memastikan tidak ada mana-mana pihak menceroboh kerana ia boleh menimbulkan…










