‘Rahsia’ tinggal seorang di kebun terbongkar - Utusan Malaysia

‘Rahsia’ tinggal seorang di kebun terbongkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB 4 April – Punca tindakan nekad seorang lelaki meninggalkan rumah kedua ibu bapanya dan tinggal seorang diri di rumah kebun milik abangnya di Ulu Atok di sini, terjawab sele­pas dia ditahan polis kerana ter­libat dalam penyalahgunaan dan pengedaran dadah.

Suspek yang berusia 31 tahun dan masih bujang dipercayai menjadikan rumah berkenaan sebagai tempat untuknya membungkus dadah sebelum dijual untuk pasaran di sekitar daerah ini.

Ketua Polis daerah, Superintenden Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, suspek ditahan dalam serbuan yang dilakukan polis pada pukul 3.30 pagi Sabtu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah berkenaan menemukan satu bekas plastik berwarna biru yang mengandungi dua bungkusan plastik cerah. Setiap satu daripadanya mengandungi satu peket plastik lutsinar berisi serbuk dan ketulan disyaki dadah jenis heroin.

“Anggaran berat dadah jenis heroin yang dirampas ialah 919.17 gram bernilai kira-kira RM50,000,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD), di sini semalam.

Yang hadir sama, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daerah, Asisten Superintenden Yusof Kamis.

Menurut Wan Mohd. Zahari, hasil siasatan awal, suspek mengaku dadah yang dirampas adalah miliknya dan polis masih menyiasat rakan mangsa yang terlibat dan punca bekalan dadah berkenaan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya dan siasatan masih giat dilakukan dari segenap sudut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini