PARIS – Bintang muda Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe menganggap pasukannya seperti baharu bermain bola sepak selepas mereka mengalami kekalahan paling teruk dalam tempoh 18 tahun pada aksi Ligue 1 awal pagi semalam. PSG seakan-akan serba tidak menjadi ketika mereka menanggung kekalahan memalukan 1-5 kepada pasukan pada tempat kedua, Lille di Stade Pierre Mauroy. Pada aksi tersebut, Juan Bernat berjaya menyamakan kedudukan selepas Thomas Meunier menjaringkan gol sendiri untuk Lille…










