Projek rintis program desa digital tahun ini - Utusan Malaysia

Projek rintis program desa digital tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 April – Kementerian Pembangunan Luar Bandar sedang merancang untuk melaksanakan projek rintis Program Desa Digital pada tahun ini bagi menaik taraf kemudahan capaian internet di kawasan luar bandar.

RINA MOHD. HARUN
RINA MOHD. HARUN 

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, matlamat program tersebut adalah untuk membolehkan usahawan luar bandar memasarkan produk secara dalam talian serta memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat luar bandar dan golongan belia.

“Sekiranya projek ini menunjukkan kejayaan yang diharapkan, ia akan diteruskan ke Pusat Komuniti Desa (PKD) di seluruh negara,” katanya ketika menjawab soalan di Dewan Negara hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Rina berkata KPLB juga sedang mengambil langkah untuk menaik taraf kemudahan capaian internet di PKD kepada kelajuan lebih tinggi berbanding kelajuan sedia ada iaitu dari satu hingga empat MBps kepada sekurang-kurangnya 8 hingga 100 MBps.

Katanya, antara penambahan fungsi dan peranan PKD berbanding Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) adalah menjadi pusat aktiviti dan latihan program pemerkasaan wanita, pusat pengumpulan dan pengedaran untuk Pos Malaysia bagi penduduk setempat, pusat pembayaran bil-bil tanpa tunai, Pusat Sehenti Maklumat Perniagaan selain pemangkin kepada Hab Pendidikan di luar bandar. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini