KUALA LUMPUR – Program Career Fair & Internship Day UPNM 2019 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di sini kelmarin mendapat sambutan menggalakkan khususnya dalam kalangan pelajar universiti itu. Program tersebut dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPNM melalui Seksyen Kaunseling Kerjaya dan Alumni dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) di bawah inisiatif Professional Training and Education For Growing Enterpreneurs (PROTÉGÉ) serta beberapa pemain industri terkenal negara. Meskipun…










