PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan bilik gerakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan, Sabah. Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan berkata, ia dibuka bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang PRK berkenaan. “Bilik gerakan yang beroperasi 24 jam itu akan ditempatkan di SPRM Cawangan Sandakan, Tingkat 7, Wisma Persekutuan Sandakan, KM 11, Jalan Labuk, Sandakan, Sabah,” katanya…










