Potongan kompaun letak kereta MPKB-BRI - Utusan Malaysia

Potongan kompaun letak kereta MPKB-BRI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 22 April – Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menawarkan promosi bayaran tunggakan kompaun letak kereta hanya RM5 sekeping.

Pegawai Perhubungan Awam MPKB-BRI, Azman Mohd Daham berkata, promosi itu sempena pelancaran program Kelantanku Bersih yang akan diadakan pada Khamis ini di Dataran Bandaraya Kota Bharu Bandar Raya Islam.

Beliau berkata, promosi tersebut bagaimanapun khusus untuk tunggakan kompaun letak kereta yang dikeluarkan sebelum 15 Oktober 2018 sahaja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Orang ramai hanya perlu membayar RM5 sahaja bagi setiap keping kompaun yang tertunggak sebelum tarikh tersebut.

“Peluang ini tidak patut dilepaskan bagi mengelak dikenakan bayaran denda lebih tinggi,”katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Azman berkata, promosi pada hari Khamis itu berlangsung bermula dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 1 tengah hari. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini