Polis terima 867 laporan berkait video pendakwah bebas - Utusan Malaysia

Polis terima 867 laporan berkait video pendakwah bebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima sebanyak 867 laporan polis terhadap satu kenyataan pendakwah bebas yang berunsur penghinaan kepada agama Hindu melalui satu video yang viral di laman sosial.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pendakwah bebas berusia 34 tahun itu telah ditahan di Arau, Perlis awal pagi semalam bagi membantu siasatan.

“Kertas siasatan telah dibuka susulan daripada kesemua laporan polis yang diterima dan kes  disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sebelum diserahkan kepada Bukit Aman.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Perasmian IPD Brickfields di sini hari ini.

Terdahulu, Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador melalui satu kenyataan berkata, suspek kini di bawah tahanan reman empat hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan.

“Kesemua laporan itu dibuat berkaitan video tersebut yang dimuat naik dalam laman sosial YouTube, Info Sunnah Kelantan dan pihak polis juga sedang mengesan pemilik akaun laman sosial Youtube itu bagi membantu proses siasatan.

“Orang ramai dinasihatkan tidak menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi untuk memuat naik atau berkongsi sebarang bentuk provokasi yang boleh membangkitkan ketegangan kaum dalam kalangan masyarakat berbilang agama dan bangsa di negara ini,” ujar kenyataan tersebut hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini