Polis terima 790 laporan pendakwah hina agama Hindu - Utusan Malaysia

Polis terima 790 laporan pendakwah hina agama Hindu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima sebanyak 790 laporan polis terhadap satu kenyataan pendakwah bebas yang berunsur penghinaan kepada agama hindu dalam satu video yang viral di laman media sosial.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, pendakwah bebas berusia 34 tahun itu telah ditahan di Arau, Perlis hari ini bagi membantu siasatan.

“Pihak polis menerima kesemua laporan itu di seluruh negara dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua laporan itu dibuat berkaitan video tersebut yang dimuat naik dalam laman sosial YouTube, Info Sunnah Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Hamid menambah, suspek tersebut telah direman selama empat hari sehingga Rabu ini untuk siasatan lanjut.

“Pihak polis juga sedang mengesan pemilik akaun laman sosial Youtube itu bagi membantu proses siasatan.

“Orang ramai dinasihatkan tidak menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi untuk memuat naik atau berkongsi sebarang bentuk provokasi yang boleh membangkitkan ketegangan kaum dalam kalangan masyarakat berbilang agama dan bangsa di negara ini,” ujarnya.

Media hari ini melaporkan, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan di hadapan sebuah restoran kira-kira pukul 2.30 pagi tadi.

Suspek ketika ditahan dikatakan baru selesai menghadiri satu program debat atau diskusi agama anjuran NGO miliknya di sebuah institusi pengajian tinggi di Perlis.

Suspek yang dikatakan ‘protege’ kepada pendakwah terkenal dari India, Dr. Zakir Naik didakwa membuat kenyataan yang berbaur penghinaan terhadap agama Hindu dalam satu video yang viral di laman sosial. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini