PULAU PINANG 16 April – Polis sedang memburu seorang lelaki yang menjadikan rumah sewanya di pangsapuri di Bayan Lepas di sini sebagai makmal memproses dadah jenis syabu. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. Anbalagan berkata, suspek berusia 40-an yang sudah dikenal pasti itu melarikan diri ketika pasukan penyelamat dan bomba tiba di rumahnya selepas menerima laporan berlaku kebakaran kelmarin. Menurut beliau, kerja-kerja memadam kebakaran kemudiannya menemukan dadah jenis syabu…










