KOTA BHARU 27 April – Kepimpinan Pakatan Harapan (PH) akan membincangkan secara terperinci berkaitan prestasi Kabinet dan menteri-menteri menjelang setahun pemerintahannya di peringkat Persekutuan dalam mesyuarat khas minggu depan. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prestasi menteri-menteri Kabinet sememangnya antara perkara yang sentiasa diberi penekanan serius oleh pimpinan parti bagi memastikan PH terus mendapat keyakinan dan sokongan rakyat. “Kita dalam kepimpinan PH akan buat satu review (semakan) dan beri…









