ALOR SETAR 27 April – Program ceramah yang berlangsung di Kompleks Pas Kedah di sini malam ini tidak seperti biasa. Malah dilihat cukup istimewa apabila buat pertama kalinya barisan kepemimpinan dan penyokong UMNO negeri ini menjejakkan kaki di bangunan parti Islam itu. Dengan semangat penyatuan demi kepentingan Melayu dan Islam, ribuan penyokong kedua-dua parti itu berkumpul sempena Ceramah Perdana Perpaduan Ummah yang menampilkan barisan kepemimpinan Pas dan UMNO negeri ini.…









