KUALA LUMPUR 28 April – Perodua menerima 450 tempahan bagi kenderaan keluarannya di Malaysia Autoshow 2019 baru-baru ini, menjadikan ia jumlah tempahan tertinggi pernah diterima syarikat automotif itu pada acara tahunan tersebut. Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd. Datuk Dr. Zahari Husin berkata, secara purata Perodua menerima lebih daripada 110 tempahan setiap hari. “Walaupun Myvi menerima tempahan yang paling banyak dalam kalangan model-model kami, Bezza telah menarik perhatian orang ramai…










