Perkukuhkan platform digital - Utusan Malaysia

Perkukuhkan platform digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Utusan: Apakah potensi kewangan Islam di Malaysia?

Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Al-Amin Bank Bhd., Syed Abdull Aziz Syed Kechik

Di Malaysia, kewangan Islam mempunyai potensi besar untuk memperluaskan bahagian pasarannya daripada 28 peratus pasaran semasa berdasarkan jumlah aset dan seterusnya mengukuhkan kedudukan negara sebagai kuasa global dalam sektor ini. Matlamat ini dapat dicapai de­ngan keutamaan yang diberikan oleh negara dalam sektor kewangan Islam menerusi langkah pengawalseliaan dan pengembangan yang positif. Jika tiada sebarang pergolakan besar dalam suasana global, sektor korporat Malaysia secara umumnya dijangka kekal stabil dan berdaya saing. Perkem­bangan ini amat menggalakkan bagi sektor perbankan korporat Islam mengekalkan trend pertumbuhan positif sepanjang 2019.

Memuatkan artikel berkaitan…

Malaysia terus menjadi pe­neraju utama pasaran sukuk, yang mewakili 51 peratus daripada AS$396 bilion (RM1.63 trilion) jumlah keseluruhan terbitan sukuk global.

Sejauh manakah pertumbuhan pembiayaan bagi ­sektor perbankan Islam?

Jumlah pembiayaan bagi bank-bank Islam di Malaysia meningkat kepada RM540 ­bilion pada 2018, iaitu kenaikan 10 peratus berbanding tahun sebelumnya. Satu daripada bidang utama yang diberi penekanan ialah Pengantaraan Berasaskan Nilai (VBI) yang diterajui BNM. VBI bertujuan mengukuhkan kesan dan pe­ranan institusi perbankan Islam dan merupakan hala tuju strategik bagi industri perbankan Islam di Malaysia. Inisiatif ini membantu industri membezakan diri dengan melancarkan perkhidmatan kewangan dengan cara lebih mapan dan bertanggungjawab.

Bagaimana teknologi ­digital mengubah perbankan Islam?

Perbankan digital kini menjadi kayu pengukur bagi menambah baik pengalaman perbankan. Perkhidmatan perbankan dan kewangan telah memanfaatkan kemajuan teknologi menerusi kerjasama yang dijalin oleh bank-bank dengan pelbagai rakan teknologi termasuk syarikat FinTech (teknologi kewangan), dalam usaha menambah baik perkhidmatan dan pe­ngalaman pelanggan. Proses pendigitalan muncul sebagai trend penting dalam pelbagai sektor industri kewangan Islam, seperti yang berlaku kepada sistem kewangan global. Revolusi digital bukan sahaja mencetuskan transformasi dalam sektor kewangan Islam, tetapi menggugat ekosistem sokongan.

Sebagai contoh, pem­belajaran digital boleh mengu­kuhkan pendidikan kewangan Islam dengan membantu mencapai khalayak yang lebih luas di samping menyediakan pendidikan dalam bidang khusus kewangan Islam yang sebelum ini tidak mudah didapati. Bank-bank Islam perlu mencontohi kemajuan yang dicapai oleh bank konvensional dengan membangunkan ke­upayaan yang diperlukan untuk menaik taraf tawaran perniagaan dan platform digital ma­sing-masing.

Apakah peluang yang boleh direbut dalam pasaran global?

Pasaran kewangan Islam global kini berkembang pantas, hasil pelaburan berterusan dalam sektor halal, infrastruktur dan sukuk terutama menerusi kaedah elektronik dalam semua produk dan perkhidmatan. Faktor yang memacu pertumbuhan pasaran menghalakan pelaburan ke arah pelbagai peluang yang timbul dalam sektor-sektor ­Islam yang berpotensi besar ini.

Bagaimana dengan prestasi pasaran modal Islam?

Pasaran modal Islam di Malaysia kekal stabil pada 2018 berdasarkan saiz pasaran mo­dal sebanyak RM1.88 ­trilion, iaitu penurunan 0.6 peratus berban­ding RM1.89 trilion yang direkodkan tahun sebelum­nya. Saiz pasaran modal Islam pada 2018 me­rangkumi 60.5 peratus daripada saiz keseluruhan pasaran modal Malaysia yang berjumlah RM3.1 trilion. Pasaran modal Islam Malaysia pada 2018 disokong oleh pertumbuhan sebanyak 18.5 peratus dalam terbitan hutang melalui pasaran sukuk berjumlah RM200 bilion berbanding RM168 ­bilion terbitan sukuk pada 2017.

Pasaran modal Islam ­di­jangka kekal kukuh pada 2019 disokong oleh perkembangan industri yang pesat dengan penglibatan syarikat pengurusan dana tempatan dan asing, broker saham dan penasihat dengan keupayaan pasaran modal Islam yang komprehensif. Terbitan sukuk daripada pasaran modal hutang juga dijangka terus aktif bagi membiayai projek-projek di dalam negara terutama berkaitan infrastruktur dan ­pengangkutan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini