Perangkap Kelantan United menjadi - Utusan Malaysia

Perangkap Kelantan United menjadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 4 April – Percaturan Kelantan United mengusai bahagian tengah menjadi kunci kejayaan pasukan itu mara ke pusingan ketiga Piala FA selepas menewaskan Sabah 1-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.

Penolong jurulatih Kelantan United Sazami Shafii berkata, pihaknya menggunakan kelebihan itu selepas pelawat dilihat lebih menggemari corak hantaran lambung berbanding menguasai bahagian tengah.

“Jadi kita guna peluang itu selepas membuat analisis ketika mereka (Sabah) menentang Kelantan pada aksi Liga Perdana lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Alhamdulillah percaturan kita merantai beberapa pemain Sabah membuahkan hasil apabila berjaya memerangkap mereka daripada menjaringkan gol,” katanya kepada pemberita sejurus tamat perlawanan.

Pada perlawanan itu, penyerang berbisa Kelantan United Fakrul Zaman Abdullah Zawawi menghadiahkan kemenangan kepada pasukannya apabila tenang menyempurnakan sepakan percuma di minit keenam.

Sazami memberitahu, jaringan awal Fakrul Zaman itu menjadi tunjang kejayaan Kelantan United mara ke pusingan ketiga Piala FA 2019.

Katanya, bukan itu sahaja, ketahanan mental yang diperagakan setiap pemain dengan menyerap asakan lawan turut membantu kemenangan Kelantan United.

“Saya ucapkan tahniah kepada pemain diatas komitmen dan semangat juang tinggi yang telah diperagakan oleh mereka.

“Saya harap rentak cemerlang ini diteruskan dalam saingan Liga M3 dan pusingan ketiga nanti,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini