HONG KONG – Seorang lelaki dibelasah teruk hingga berlumuran darah di pekarangan sebuah pawagam di Teluk Causeway di sini, gara-gara menceritakan plot filem Avengers: Endgame secara terbuka kepada orang ramai, lapor akhbar Daily Mail. Lelaki yang selesai menonton filem terbaharu Marvel Studios itu bertindak menjerit dan mendedahkan plot filem blokbuster tersebut kepada sekumpulan peminat yang sedang beratur untuk membeli tiket filem Avengers: Endgame. Beberapa individu kemudiannya mengheret dan membelasah mangsa…










