Pengerusi Bersatu Johor baharu diumum selepas Aidilfitri - Utusan Malaysia

Pengerusi Bersatu Johor baharu diumum selepas Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 28 April – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor yang bakal menggantikan Datuk Osman Sapian akan diumumkan selepas Aidilfitri ini.

Pengarah Media Bersatu negeri, Mohd. Solihan Badri berkata, bakal pengganti Osman sudah pun dipilih dan Setiausaha Agung parti, Datuk Marzuki Yahya akan membuat surat rasmi lantikan itu.

“Kita menjangkakan pengumuman nama Pengerusi Bersatu Johor yang baharu akan diumumkan oleh Presiden parti selepas Aidilfitri sebelum pemilihan parti berlangsung.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebelum diumumkan nanti, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya akan membuat surat rasmi berkenaan lantikan tersebut,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran buku Bersatu Mulanya Di Sini di sini hari ini.

Majlis pelancaran tersebut disempurnakan Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal dan Timbalan Bersatu negeri, Senator Nasir Hashim.

Bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Mazlan Bujang yang digugurkan minggu lalu, dikaitkan bagi mengisi jawatan berkenaan seperti diarahkan pucuk pimpinan parti di peringkat Pusat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini