PONTIAN 29 April – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dijangka akan memuktamadkan proses pengambilalihan Pusat Fidlot Nasional (NFC) dalam waktu terdekat. Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, ketika ini perbincangan berhubung perkara itu masih berjalan. “Ada dua tiga syarikat yang menunjukkan minat, namun hanya satu yang serius. “Kita akan mengkaji kesan daripada aspek perundangan kepada kementerian, sekiranya syarikat berkenaan boleh memulangkan kembali hutang, mengapa tidak,” katanya. Beliau berkata demikian…










