Penerbangan ihsan bawa bayi hidap jantung berlubang - Utusan Malaysia

Penerbangan ihsan bawa bayi hidap jantung berlubang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN – Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini membuat penerbangan ihsan bagi membawa seorang bayi penghidap penyakit jantung dari Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan pakar di Hospital Serdang, Selangor.

Mangsa, Alicia Boi Yean Ping yang berusia 7 bulan menghidap Trachea Stenosis With Ventricular Septal Defect diterbangkan dari Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Bertam pada pukul 8.30 pagi.

Turut mengiringi pesakit ialah ibunya, Lee Ming Zhi, 30, diterbangkan ke Hospital Serdang bagi mendapatkan pembedahan pada kadar segera selain mendapatkan rawatan susulan di hospital berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penerbangan yang diketuai juruterbang Kapten Faizal Izani itu turut membawa enam kru JPBM dan empat paramedik HPP dengan menaiki helikopter AW 139. – K! ONLINE

 Alicia Boi menghidap penyakit jantung memerlukan rawatan segera di Hospital Serdang bagi menjalani
Alicia Boi menghidap penyakit jantung  memerlukan rawatan segera di Hospital Serdang bagi menjalani pembedahan.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini