ERAT. Lebih 200 penduduk Taman Keramat Permai AU 1C, Ampang, Selangor semalam memeriahkan Program Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bersama Bomba anjuran KRT taman berkenaan.
Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Abdul Aziz Abdul Jalal berkata, program itu amat penting kerana ia merupakan satu daripada kaedah untuk mendidik penduduk setempat cara sebenar bagi menangani kebakaran.
“Pada masa sama, ia juga memainkan peranan yang penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan penduduk, sekali gus memudahkan kerjasama antara mereka,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Terdahulu, beliau merasmikan program tersebut yang turut dihadiri oleh Pengerusi KRT taman berkenaan, Datuk Razi Yaacob dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Ariff Mohamed Kassim.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi penerangan mengenai fungsi jabatan tersebut, demonstrasi memadamkan kebakaran serta pendaftaran Bomba Komuniti.











