SESIAPAPUN yang melintas di gerai burger ini pasti tergoda dengan aroma patti burger yang sedang dimasak. Maka tidak hairanlah gerai yang turut menyediakan tempat duduk untuk pelanggan ini sentiasa penuh pada setiap hujung minggu. Menurut cakap-cakap dalam laman sosial, patti burger buatan SY Cahaya Sentosa Burger lembut dan berjus. Di sebalik semua itu, burger yang dicipta oleh tiga beradik itu sebenarnya tidak terhasil dengan mudah. Bayangkan setiap malam tiga beradik…










