SAO PAULO 15 April – Pele sudah dikeluarkan daripada sebuah hospital di sini dua hari selepas legenda Brazil itu menjalani pembedahan mengeluarkan batu karang. Juara dunia tiga kali itu dimasukkan ke Hospital Albert Einstein, Selasa lalu selepas pulang dari Perancis di mana dia menerima rawatan jangkitan pada air kencing. “Pesakit sudah keluar hospital pada pagi ini,” kata doktor dalam satu kenyataan. Pele menghabiskan masanya seminggu di sebuah hospital dekat Paris…










