Pelawak terkenal menang pilihan raya presiden di Ukraine - Utusan Malaysia

Pelawak terkenal menang pilihan raya presiden di Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KIEW 22 April – Pelawak dan pelakon terkenal, Volodmyr Zelensky membuat kejutan apabila memenangi pilihan raya presiden negara itu semalam dengan kelebihan 73 peratus undi berbanding peyandangnya, Petro Poroshenko.

AFP melaporkan, kiraan undi mendapati Poroshenko hanya memperolehi 25.5 peratus undi dan tewas kepada Zelensky yang berusia 41 tahun itu.

Pengalaman politik Zelensky terhad ketika beliau mengumumkan pencalonannya awal tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Zelensky menerima ucapan tahniah daripada pemimpin-pemimpin dunia termasuk Presiden Perancis, Perancis Emmanuel Macron yang menghubunginya menerusi telefon. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini