Pasukan khas sentiasa pantau aktiviti jenayah - Utusan Malaysia

Pasukan khas sentiasa pantau aktiviti jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 April – Pasukan khas yang ditubuhkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa menjalankan tugas memantau kegiatan kumpulan penjenayah bagi mengelakkan aktiviti mereka berleluasa di negeri ini.

Menurut portal Utusan Borneo, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata, tindakan terbabit bukan sahaja mengekang aktiviti IS dan Daesh malah turut mengesan aktiviti penyalahgunaan dadah.

“Seperti mana yang dinyatakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, beberapa daerah di Sabah termasuk Sandakan dan Tawau didapati dijadikan sebagai lokasi transit pengganas Daesh yang mahu menyusup ke selatan Filipina atau ke negara jiran lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walaupun Sabah dijadikan sebagai transit oleh kumpulan ini keadaan keselamatan di negeri ini masih selamat dan anggota kita melalui pasukan khas yang ditubuhkan untuk kegiatan jenayah berat menjalankan tugas yang diamanahkan setiap masa,” katanya.

Menurutnya, ini terbukti apabila pihaknya bukan sahaja berjaya membuat tangkapan beberapa individu terlibat dalam kumpulan pengganas malah juga berjaya mengesan serta memperolehi maklumat tentang aktiviti dadah di beberapa daerah di pantai timur termasuk Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan Semporna.

“Kita berjaya merekodkan beberapa siri tangkapan tentang penyeludupan dadah yang dibawa masuk dan akan diedarkan di Sabah selain untuk dipasarkan di negara jiran,” katanya sambil menambah rampasan dadah dalam jumlah besar turut direkodkan baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini