KOTA BHARU – Hayat seorang pembancuh air berakhir dalam keadaan husnul khatimah apabila meninggal dunia semasa mahu mengambil wuduk di Masjid Al-Baroah, Pasar Besar Siti Khadijah di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 malam, mangsa, Ibrahim Omar, 61, baharu selesai berniaga di tingkat dua pasar berkenaan dan ke masjid berkenaan untuk solat Maghrib. Seorang saksi wanita yang enggan dikenali berkata, semasa mangsa yang mesra dengan panggilan ‘Pakdo Him’…










