PASUKAN Pahang gagal memanfaatkan kelebihan keemasan untuk merampas takhta pendahulu Liga Super apabila terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 pada aksi penuh sengit di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi. Skuad Tok Gajah memiliki peluang terbaik untuk memintas juara lima kali Liga Super itu apabila pertahanan import Harimau Selatan, Mauricio Dos Santos dilayangkan kad merah pada masa babak pertama ekoran kekasaran dilakukan terhadap Dickson Nwakaeme. Pada aksi tersebut, skuad…










