KUALA LUMPUR 1 April – Nur Idayu Nazira Mohd. Azhar dan Noor Elyazril Eles dinobatkan sebagai juara masing-masing bagi kategori junior dan senior dalam pertandingan nyanyian Golden Voice of PJ (GVOP) 2019 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), pada 30 Mac lalu. Kemenangan itu membolehkan Nur Idayu Nazira dan Noor Elyazril masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000. Naib juara pula diraih oleh Nur Hazikah Hanafi (kategori junior)…










