KUALA LUMPUR 14 April – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menghadiri ‘Malam Orkestra Hadrami Yemen (A Hope Out Of The Deep Pain) yang dilangsungkan di Istana Budaya, di sini malam tadi. Tuanku Syed Faizuddin turut merasmikan pameran kebudayaan Yemen yang diadakan sempena persembahan muzik Hadrami. Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Duta Besar Negara Yaman ke Malaysia, Dr. Adel Mohamed Ali Ba Hamid beserta para pegawai…










