PELUMBA Androni Giocattoli-Sidermec dari Itali, Matteo Pelucchi meraih kejuaraan buat kali kedua berturut-turut selepas mengungguli perlumbaan peringkat keenam Le Tour de Langkawi (LTdL) di Alor Setar, Kedah semalam. Lebih menarik, pelumba berusia 30 tahun itu dilihat seolah-olah mengakui begitu mudah untuk mendominasi perlumbaan tersebut kerana mampu menawan Dataran Pahlawan Alor Setar dalam keadaan demam menerusi catatan masa 2 jam 47 minit 19 saat (s). Tempat kedua dan ketiga masing-masing dirangkul…










