JOHOR BAHRU 15 April – Kenyataan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin bahawa ‘bagi Malaysia untuk berjaya, orang Melayu mesti berjaya’ adalah tidak selari dengan tindakan kerajaan Persekutuan terhadap kaum majoriti itu ketika ini. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana kerajaan Pakatan Harapan (PH) paska Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dilihat tidak menjaga hak dan kepentingan orang Melayu malah meresahkan serta menjadikan mereka marah.…










