Melaka United tamat kemarau kemenangan - Utusan Malaysia

Melaka United tamat kemarau kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 April – Casagrande muncul wira Melaka United apabila meledak gol kemenangan ketika menewaskan Kedah 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, sebentar tadi.

Gol yang dijaringkan penyerang import dari Brazil itu hadir pada minit ke-49 dan itu bermakna Melaka United berjaya menamatkan kemarau kemenangan selepas lima perlawanan.

Kali terakhir skuad kendalian Zainal Abidin Hassan melakar kemenangan ketika menewaskan Kuala Lumpur 2-0 di laman sendiri pada 3 Mac lalu. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini