MCSL kutuk serangan gereja dan hotel ketika hari Easter di Sri Lanka - Utusan Malaysia

MCSL kutuk serangan gereja dan hotel ketika hari Easter di Sri Lanka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO 21 April – Majlis Muslim Sri Lanka (MCSL) mengutuk serangan terhadap gereja abang dan kakak Kristian kami pada hari Easter termasuk hotel di sini, hari ini.

Menurut Presidennya, N. M. Ameen, pihaknya berasa dukacita dengan banyak mangsa terkorban disebabkan elemen keganasan dan ekstremis yang mahu memecah-belahkan antara etnik dan agama.

“Tindakan ini cubaan bagi mewujudkan rasa panik dan mengganggu kehidupan awam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ajaran asas semua kepercayaan adalah keamanan dan keadilan,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tambahnya, MCSL mengutuk sekeras-kerasnya keganasan dan ekstremis dalam apa jua bentuk.

“Kami meminta Presiden Maithripala Sirisena dan kerajaan Sri Lanka menjalankan siasatan komprehensif dan membawa pelaku-pelaku ke muka pengadilan.

“Kami juga menyeru komuniti Muslim agar memberi apapun bantuan diperlukan kepada mereka yang terjejas,” ujarnya.

Beliau berkata, takziah kepada keluarga mangsa terkorban dan MCSL berdoa agar mereka tercedera cepat sembuh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini