KUALA LUMPUR 25 April – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menganjurkan pertandingan mural sempena sambutan ulang tahun ke-16 pihak berkuasa tempatan (PBT) itu. MBMB dalam kenyataan di laman web rasminya memberitahu, pertandingan yang akan diadakan pada 4 Mei ini di Taman Bandaraya Bukit Serindit, Melaka bakal menawarkan hadiah lumayan wang tunai. “Peserta haruslah mematuhi tema yang telah ditetapkan iaitu sukan dan riadah. Juara bagi pertandingan ini berpeluang menerima wang tunai…










