MB Johor dikurniakan darjah kebesaran bawa gelaran Datuk - Utusan Malaysia

MB Johor dikurniakan darjah kebesaran bawa gelaran Datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Dr. Sahruddin Jamal hari ini dikurniakan dengan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) pada Istiadat Pelantikan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Johor, di sini.

Menurut satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, istiadat yang berlangsung di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene itu, Sultan Ibrahim telah berkenan mengurniakan darjah kebesaran berkenaan kepada Dr. Sahruddin yang membawa gelaran Datuk.

Dr. Sahruddin, 43, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-17 pada 14 April lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ia adalah bagi menggantikan Datuk Osman Sapian yang meletakkan jawatan pada 8 April lepas.
Pada istiadat itu juga, seramai 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (EXCO), termasuk tiga muka baru, turut mengangkat sumpah di hadapan Sultan Ibrahim. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini