May pertahan keputusan tangguh Brexit - Utusan Malaysia

May pertahan keputusan tangguh Brexit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 12 April – Perdana Menteri Britain, Theresa May mempertahankan keputusannya untuk melanjutkan penangguhan proses Brexit daripada Kesatuan Eropah (EU).

Lapor BBC, tarikh terbaharu penangguhan berkenaan adalah sehingga 31 Oktober dan ini bermakna United Kingdom (UK) berkemungkinan besar akan mengadakan pilihan raya Parlimen Eropah bulan hadapan.

May menegaskan sekiranya perjanjian dengan EU diluluskan, UK boleh meninggalkan blok tersebut secepat mungkin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun pemimpin Parti Buruh, Jeremy Corbin menyifatkan penangguhan terbaharu itu adalah ‘kegagalan diplomatik’. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini