IPOH 27 April – Maskot pelancongan negeri Perak, Kopiro yang merupakan seekor tapir meraikan sambutan ulang tahun pertamanya hari ini selepas dipilih secara rasmi sebagai ikon pada 28 April tahun lalu. Imej Kopiro yang merupakan singkatan bagi sebutan minuman kopi-o dan tapir itu hasil rekaan seorang pereka grafik, Wan Sue Kay, 22. Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Zuraida Md. Taib berkata, maskot Kopiro telah memberi kelainan dalam promosi pelancongan negeri…










