JOHOR BAHRU – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak bermaksud hendak berdalih berhubung pelaksanaan manifesto yang dijanjikan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-14. Menegaskan demikian, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya sedar ramai rakyat mahukan manifesto itu ditunaikan namun tidak banyak dapat dibuat kerana sumber kewangan negara yang terhad. “Kita tahu semuanya tetapi bagaimana upaya kita untuk melaksanakan kehendak rakyat itu jikalau keupayaan dan…










