KUALA LUMPUR – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya insiden serangan ke atas sebuah synagogue (rumah ibadat Yahudi) di San Diego, California, Amerika Syarikat yang menyebabkan seorang wanita maut dan tiga lagi cedera semalam. Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia adalah perbuatan pengganas durjana yang harus dikecam. “Semua individu dari semua kepercayaan dan agama harus bebas untuk mengamalkan agama masing-masing secara aman dan harmoni. “Keamanan semua orang tanpa mengira agama…










