Mahasiswa UMT teroka penyelidikan di Pulau Bidong - Utusan Malaysia

Mahasiswa UMT teroka penyelidikan di Pulau Bidong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEROKA. Seramai 43 pelajar Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari (Bio-D Tropika) Universiti Malaysia (UMT) Terengganu mengikuti Ekspedisi Saintifik Pulau Bidong 2019 di Stesen Penyelidikan Alami Pulau Bidong, Terengganu baru-baru ini.

Ekspedisi tersebut diadakan untuk menjalankan penyelidikan saintifik di Pulau Bidong selain meneroka kawasan puncak bukit yang jarang diteroka oleh para penyelidik.

Penolong Pegawai Tadbir Bio-D Tropika, Sahrim Ngah berkata, program itu merupakan rentetan daripada program ekspedisi sebelum ini yang dijalankan di Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Tasik Kenyir.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ekspedisi ini juga bertujuan melatih dan menjana bakat penyelidik baharu dalam menjalankan penyelidikan serta penerbitan maklumat,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini