JOHOR BAHRU – Seorang lelaki ditahan di kawasan Seri Alam di sini kelmarin selepas disyaki melakukan penipuan dengan menyamar sebagai ejen sebuah syarikat penapis air. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Ismail Dollah berkata, suspek berusia 29 tahun ditahan kira-kira pukul 6 petang selepas polis menerima laporan daripada mangsa. Katanya, suspek yang kononnya mendakwa dirinya sebagai ejen penapis air telah menawarkan perkidmatan pemeriksaan dan pembersihan berkala serta menukar penapis air di…










