KUALA LUMPUR 15 April – Para peserta Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-61 akan mengikuti beberapa lawatan di negara ini bagi mengenali Malaysia dengan lebih dekat. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, 14 hakim dari Malaysia, Indonesia, Arab Saudi, Singapura, Brunei, Jordan dan Mesir juga dijemput untuk mengikuti lawatan tersebut. “Sekretariat telah menyusun beberapa lawatan untuk para peserta dan hakim sebagai sebahagian daripada acara (tilawah) bagi memperkenalkan Malaysia…










