Lapor polis jika ditawarkan wang tunai - Utusan Malaysia

Lapor polis jika ditawarkan wang tunai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU 4 April – Para pengundi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang kononnya akan dijanjikan dengan bayaran tunai jika mengundi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil DUN itu diminta membuat laporan polis.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ada usaha telah dilakukan oleh pihak tidak bertanggung jawab menghubungi pengundi BN meminta mereka mengundi parti pembangkang itu dalam PRK pada 13 April ini.

“Mereka dijanjikan dengan bayaran wang tunai jika berbuat demikian. Saya minta mereka ini segera membuat laporan polis supaya tindakan dapat diambil terhadap pihak yang bertanggung jawab ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“BN atau UMNO tidak pernah menjanjikan ganjaran tunai kepada pengundinya. Kita tidak pernah memancing undi dengan cara seperti ini,” katanya dalam sidang akhbar di Rantau dekat sini hari ini.

Menurutnya, beliau telah dihubungi oleh kira-kira enam individu yang mendakwa menerima panggilan telefon seperti itu sejak tiga hari lalu.

Katanya, beliau percaya taktik kotor seperti itu digunakan untuk memburuk-burukkan BN kononnya pengundi dijanjikan dengan ganjaran tertentu.

“Saya hendak tegaskan di sini bahawa BN tidak buat seperti apa yang didakwa itu.

“Saya juga minta setiap laporan polis yang dibuat oleh orang ramai disiasat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pihak yang menguatkuasakan undang-undang pilihan raya,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini