MIRI – Jabatan Bomba dan Penyelamat hari ini meminta orang awam untuk mengurangkan sebarang aktiviti luar berikutan ramalan jerebu akan melanda bandar raya Miri akibat kebakaran ladang serta tanah gambut seluas 70 hektar di Kuala Baram. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, lokasi kebakaran ialah sebuah ladang kelapa sawit namun tugas untuk memadamkan kebakaran mengalami kesukaran kerana tiada sumber air dan tiada laluan untuk memadamkan api.…










