Kuota bukan bumiputera ke institusi Mara kekal - Utusan Malaysia

Kuota bukan bumiputera ke institusi Mara kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 April – Kementerian Pembangunan Luar Bandar memberi jaminan untuk terus mengekalkan dasar sedia ada Mara berhubung isu kuota kemasukan pelajar bukan bumiputera ke mana-mana institusi pengajiannya.

Setakat ini, kuota yang diperuntukkan kepada bukan bumiputera untuk institusi pengajian di bawah Mara adalah 10 peratus.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, pihaknya tidak akan berganjak dengan dasar yang telah lama terpateri demi memelihara kepentingan golongan bumiputera.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mara tetap dengan dasar sedia ada,” katanya selepas merasmikan U.n.i Klinik Sky Awani Residency, Sentul Perdana di sini hari ini.

Bercakap mengenai isu kouta bukan bumiputera ke Program Matrikulasi, Rina memberitahu, isu berkenaan akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet minggu ini.

“Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet. Kita tidak boleh mendahului Kabinet,“ katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini