Kumbang makan mangsa 10 kali lebih besar - Utusan Malaysia

Kumbang makan mangsa 10 kali lebih besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAGASAKI, Jepun – Kajian seorang penyelidik Jepun sejak 10 tahun lalu mendedahkan kumbang air gergasi mampu menangkap dan membunuh mangsa 10 kali ganda lebih besar daripada badannya, lapor jurnal Entomological Science baru-baru ini.

Pakar Entomologi universiti Nagasaki, Profesor Shin-ya Ohba yang meminati kumbang air gergasi sejak berusia tujuh tahun memaklumkan serangga tersebut pernah dilihat memakan anak itik, katak, ular, penyu kecil, ikan, serangga lain malah menyerang jari kaki manusia.

Kumbang itu menggunakan kaki depannya untuk mencengkam mangsa sebelum menyuntik cecair yang melarutkan daging dari dalam. Serangga itu kemudian menyedut keluar larutan daging tersebut melalui mulut berbentuk straw.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdapat kira-kira 150 spesies kumbang air gergasi di seluruh dunia dengan yang paling besar sepanjang 10 sentimeter boleh ditemui di benua Amerika Selatan.

Antara ciri aneh pada kumbang air gergasi adalah tiub pernafasan pada bahagian dubur dan kumbang jantan yang menjaga telur, manakala kumbang betina akan memusnahkan telur pesaing bagi merampas pasangan untuk mengawan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini