Kontraktor rugi RM6,020 akibat ditipu - Utusan Malaysia

Kontraktor rugi RM6,020 akibat ditipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIMBANG 23 April – Seorang kontraktor mengalami kerugian berjumlah RM6,020 selepas diperdaya satu sindiket pinjaman wang yang tidak wujud di Batu Biah, di sini hari ini.

Memetik laporan portal Utusan Borneo, Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Bukhori Saffai berkata, mangsa yang berusia 48 tahun itu pada awalnya berhasrat untuk membuat pinjaman wang berjumlah RM30,000 selepas melihat tawaran iklan di Facebook pada 15 Mac lalu.

“Mangsa kemudian telah dihubungi wakil syarikat yang meminta nombor telefon melalui sistem mesej aplikasi tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiga wakil syarikat berkenaan turut menghubungi mangsa menggunakan tiga nombor telefon bimbit berbeza bermula pada 16 Mac lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Bukhori, mangsa turut melakukan enam transaksi kemasukan wang bagi urusan pinjaman berjumlah RM 6,020 ke akaun bank yang diberikan suspek bermula 19 Mac hingga awal April lepas.

Selepas menyedari ditipu, mangsa kemudian telah membuat laporan polis semalam dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (tipu). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini