KUALA LUMPUR – Kedai serbaguna 24 jam, KK Super Mart berhasrat melahirkan 300 perantis menerusi Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) menjelang tahun 2020. Pengasas dan Pengerusi Eksekutif KK Supermart & Superstore Sdn. Bhd., Datuk Seri Dr. KK Chai berkata, pihaknya menerusi kerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia telah melahirkan 56 orang perantis sejak 2017, manakala 66 orang lagi masih dalam peringkat pengajian. “Ini merupakan salah satu inisiatif syarikat…










